Nursing Pit Stop's Blog

Penyusuan Susu Ibu:Mampukan Menyelesaikan Masalah Sosial?

Posted by: nursingpitstop on: September 7, 2010

 

Selamatkan bayi ini dengan penyusuan susu ibu

Setiap hari kita disajikan oleh berita berkenaan dengan masalah sosial yang melanda bukan sahaja di kalangan remaja, malah orang dewasa dan di kalangan mereka yang telah berumahtangga. Ini sesuatu yang menyedihkan dan semua pihak masih lagi tercari-cari jalan penyelesaian yang paling mujarab untuk menghentikan semua isu-isu ini.

 Ada beberapa pihak pernah melontarkan kemungkinan punca masalah ini berlaku adalah kerana mereka yang terlibat disusukan dengan susu binatang atau susu lembu. Dek kerana itulah mereka berperangai seperti binatang yang tidak berakal untuk membezakan perkara yang baik atau buruk.

 Mungkin juga.

 Jadi adakah mereka yang disusukan dengan susu ibu dijamin tidak akan langsung terlibat dengan masalah sosial di kemudian hari?

 Itu tidak pasti.

 Yang pastinya penyusuan susu ibu boleh menerapkan nilai-nilai murni yang mampu mendokong pembentukan sahsiah yang baik.

Bagaimana ia boleh dicapai?

 Penyusuan susu ibu bukan sekadar memberikan susu ibu kepada si anak. Ia lebih kepada jalinan hubungan antara si ibu dan si anak. Rembesan hormon oksitoksin ketika sesi penyusuan dapat mengalirkan perasaan tenang dan membantu melahirkan perasaan kasih dari ibu buat anaknya. Apabila perasaan sayang ini timbul, sudah pasti si ibu tidak akan membuang anaknya. Paling tidak dia pasti akan menyerahkan anaknya kepada orang lain untuk dipelihara daripada membiarkan anak itu di tepi jalan atau di tempat pembuangan sampah.

Polisi penyusuan susu ibu di Malaysia adalah ibu-ibu digalakkan menyusukan anak dengan susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama dan penyusuan diteruskan dengan pemberian makanan tambahan selepas itu sehingga 2 tahun atau lebih. Sepanjang tempoh ini ibu dan anak mempunyai masa yang istimewa yang boleh digunakan untuk menerap dan mendidik anak dengan nilai-nilai murni. Hubungan antara ibu dan anak yang menyusu susu ibu akan menjadi lebih rapat. Ini memudahkan lagi untuk menanamkan rasa taat dan patuh arahan dari ibu.

Fitrahnya ibu mempunyai gerak hati yang kebanyakkannya tepat terhadap anak terutama anak yang menyusu dengannya. Semakin lama anak itu menyusu dengan ibunya, semakin kuat gerak hati yang terjalin. Gerak hati ini dapat membantu mengesan gerak-geri anak yang mencurigakan.

Penyelamat bagi anak yang dibuang

 Dilaporkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar terbitan tempatan terdapat lebih 400 pasangan yang mendaftar untuk mendapatkan anak angkat di Baby Hatch Centre. Anak angkat boleh bertukar status menjadi seperti anak sendiri dengan penyusuan susu ibu. Ibu-ibu angkat boleh menyusukan anak-anak ini dengan kaedah cetusan laktasi(Induce Lactation) walaupun mereka tidak pernah mengandung. Penyusuan susu ibu dapat memberi peluang kepada ibu angkat untuk mengenal, membina jalinan dan melahirkan rasa sayang. Sekaligus, anak-anak ini  berpeluang mendapat khasiat susu ibu dari orang yang menyayanginya.

Masalah ini adalah masalah bersama. Semua orang bertanggungjawab untuk menghentikan gejala ini daripada berterusan. Bagi mereka yang mempunyai anak, susukan dengan susu ibu, didik mereka dengan asuhan alami iaitu memberi pendidikan agama, banyakkan aktiviti bersama  anak-anak dan sentiasa menjadi pendengar utama masalah anak-anak bagi mengelakkan mereka keluar mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Sebagai tetangga/jiran/anggota masyarakat, harus peka terhadap keadaan sekeliling, terutama gerak-geri yang mencurigakan dalam anggota masyarakat. Maklumat/peringatan/tindakan awal dapat menyelesaikan banyak masalah. Masih ingat kisah suami yang mengelar leher isteri sehingga maut baru-baru ini? Si isteri telah pun keluar dari rumah meminta tolong dari jiran tetangga apabila suami mula amuk. Jika jiran tetangga yang tinggal berhampiran bersikap peduli, sudah pasti pembunuhan ini dapat dielakkan.

Salam Aidilfitri buat semua pelanggan dan pembaca.

Daripada:

Abu Imaan (http://pustakaiman.blogspot.com)

Ummu Imaan 

Imaan Rasya

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

About Nursing Pit Stop

Nursing Pit Stop is a Lactation Support Centre based in Seremban. We offers free one-to-one counseling and home/hospital visit for breastfeeding help by a Peer Counselor Program Administrator (PCPA). We also offer wide range of breastfeeding support products to help mothers enjoy your breastfeeding journey.

Contact Me

For any breastfeeding or purchase enquiries, please drop me an email at nursingpitstop@gmail.com or text me at 019-2759117.

We Are Authorized Reseller Of:

Free Delivery

We provide FREE DELIVERY for any purchase made within Seremban. Other locations within Negeri Sembilan may be considered as well.

We Accept Payment Via:



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.